Connect with us

Oh! Media

KRU Cetus Fenomena! Video Muzik Baru Guna Teknologi AI

Ohmedia img 4575

Oh! Geekz

KRU Cetus Fenomena! Video Muzik Baru Guna Teknologi AI

Teknologi AI kini semakin menguasai dunia termasuklah dalam industri muzik. Kemajuan ini telah membuka peluang baharu bagi pencipta kandungan untuk menjana muzik dan mencipta bunyi unik dan buatkan industri menjadi lebih kreatif.

Terbaru! Menurut laporan Amanz, kumpulan legenda Malaysia iaitu KRU kembali mencuri perhatian dengan pelancaran video muzik terkini mereka bertajuk Voodoo

Apa yang menariknya, mereka menggabungkan elemen nostalgia dengan inovasi teknologi AI generatif sekaligus menjadikan projek ini satu kejayaan besar dalam industri hiburan tempatan. Pergh! Memang advanced!

IKLAN

KRU jadi yang pertama guna teknologi AI untuk Muzik

Kru

Dalam video muzik Voodoo, teknologi AI generatif digunakan untuk mencipta versi kembar digital (Digital Twin) trio adik-beradik ini. 

Melalui pendekatan inovatif ini, KRU menjadi artis Malaysia pertama yang memperkenalkan konsep video muzik berteknologi tinggi seperti ini.

Kru

Menurut sumber, pendekatan ini bukan sekadar membawa lagu baharu tetapi turut membuka jalan kepada era baharu penghasilan video muzik di Malaysia. 

Ia juga memberi peluang kepada penggiat seni tempatan untuk meneroka teknologi moden dalam karya mereka.

Sentuhan nostalgia dengan sentuhan teknologi canggih

Kru Voodoo

Voodoo membawa kembali elemen dari era terdahulu yang penuh nostalgia, tetapi kini diperkasakan dengan sentuhan teknologi canggih. Lagu ini memberi penghormatan kepada muzik lama sambil memberi pengalaman baharu kepada pendengar melalui visual dan audio yang luar biasa.

Untuk yang ingin merasai pengalaman ini, Voodoo kini boleh didengar di semua platform penstriman digital seperti Spotify.

#OhmediaNasihat

Inovasi KRU ini membuktikan bagaimana teknologi seperti AI mampu mengubah cara seni dicipta dan dinikmati. Bagi penggiat seni, jangan takut untuk mencuba teknologi baharu dalam berkarya. Kreativiti dan teknologi boleh bergabung untuk menghasilkan sesuatu yang lebih hebat!

Ohmedia img 4575

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Amanz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas