Oh! Artis
“Ingatkan Mat Saleh Punya Lagu!” – Lancar ‘Single’ Terbaru, Netizen Puji Suara Sharnaaz Ahmad
Siapa sangka, pelakon berbakat besar Sharnaaz Ahmad yang dikenali dengan watak-watak hebat dalam drama dan filem kini menceburi dunia muzik pula?
Single terbarunya, Nugget, mendapat sambutan luar biasa daripada peminat!
Penulis bersama dan penerbit lagu puji Sharnaaz Ahmad

Dalam satu hantaran di Instagram, penulis bersama dan penerbit lagu Nugget, Dennis, meluahkan rasa kagumnya terhadap Sharnaaz. Beliau mengakui tidak menyangka Mamu begitu berbakat dan natural sebagai penyanyi.
Katanya, Sharnaaz yang mesra dipanggil Mamu mempunyai mindset dan fokus yang bagus. Cara Mamu membawakan lagu, merakam dan latihan juga padu habis!
Sebagai seorang veteran dalam industri muzik, Dennis yakin Sharnaaz boleh pergi jauh sebagai penyanyi. Beliau juga terbuka untuk menerima pandangan daripada orang ramai bagi membantu Sharnaaz terus maju.
Dennis juga mengalu-alukan pendapat dan komen daripada orang ramai mengenai lagu ini.
Kalau korang ada apa-apa pendapat, jangan malu-malu – DM jer atau komen je….tapi PIKIR dulu k…(DM I lebih baik…haha). Aku nak tahu first hand apa korang rasa pasal lagu ni, atau apa-apa idea untuk bantu Sharnaaz terus maju dalam muzik. Kita sembang, geng!
Rata-rata peminat di ruangan komen terkejut dengan kemampuan nyanyian Sharnaaz. Malah, ada yang pada mulanya menyangka Nugget dinyanyikan oleh penyanyi luar negara.


Jika korang belum mendengar lagu Nugget, jangan tunggu lagi! Lagu ini boleh didengari di Spotify sekarang. Bagi peminat Sharnaaz, ini adalah peluang untuk melihat sisi baru pelakon kesayangan anda!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Dennisviolin
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM