Connect with us

Oh! Media

Fahmi Fadzil Desak Khazanah, PNB Dan FashionValet Jelaskan Kerugian RM43.9 Juta Sebab Ini!

Untitled Design   1

Trending

Fahmi Fadzil Desak Khazanah, PNB Dan FashionValet Jelaskan Kerugian RM43.9 Juta Sebab Ini!

Menteri Komunikasi dan Media, Fahmi Fadzil, menuntut penjelasan daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) berkenaan kerugian besar yang dialami syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) dalam pelaburan mereka di platform fesyen terkemuka itu.

BACA: Netizen Gesa Vivy Yusof Beri Penjelasan Isu Kerugian Pelaburan Khazanah Dan PNB Sebanyak RM43.9 Juta

Menurut laporan Berita Harian, isu ini menjadi perbualan hangat di media sosial apabila rakyat mempersoalkan penggunaan dana awam dalam pelaburan yang dilihat tidak menguntungkan. Fahmi menyuarakan bahawa rakyat berhak tahu sebab kerugian ini, apatah lagi ia melibatkan dana yang diamanahkan kepada syarikat-syarikat ini.

IKLAN

Sudah tentu ramai yang bertanya mengenainya kerana ia adalah dana awam. Bagaimanapun untuk berlaku adil kepada semua pihak, baik Khazanah atau FashionValet, kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk memberikan penjelasan.

Khazanah dan PNB rugi RM43.9 juta dalam FashionValet

Img 7301

Sebelum ini, Khazanah dan PNB dilaporkan mengalami kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan minoriti dalam FashionValet, syarikat fesyen yang diasaskan oleh Vivy Yusof dan suaminya, Fadza Anuar. 

Berita ini telah mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat yang ingin tahu mengapa pelaburan ini tidak membuahkan hasil.

Menurut Fahmi, kerajaan mahu memastikan pihak-pihak yang terlibat memberikan penjelasan yang jelas dan telus dalam masa terdekat bagi menjaga kepentingan awam.

Saya percaya mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat demi kepentingan awam.

Desakan rakyat terhadap Vivy Yusof dan Fadza Anuar

Ohmedia ateyn Featured Image 1

Kerugian ini telah mengundang perhatian ramai, di mana rakyat mendesak agar pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadza Anuar, tampil memberi penjelasan. 

Pelaburan yang melibatkan dana awam pastinya memerlukan ketelusan, dan rakyat berhak mengetahui bagaimana dana ini diuruskan.

#OhmediaNasihat

Sebagai pengguna dan rakyat, adalah penting untuk kita sentiasa peka terhadap penggunaan dana awam. Ketelusan dalam pengurusan kewangan dan pelaburan amat penting bagi memastikan tiada pihak yang menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan. 

Semoga penjelasan yang diberikan nanti mampu menjawab segala persoalan serta mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap syarikat-syarikat pelaburan negara.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas