Connect with us

Oh! Media

‘Ustaz Mekah’ Buka Servis Baca Doa Di Tanah Suci – Bayaran Tiada Tapi Kena Infak Dulu!

Ohmedia photo 6107000929053163061 y

Oh! Islam

‘Ustaz Mekah’ Buka Servis Baca Doa Di Tanah Suci – Bayaran Tiada Tapi Kena Infak Dulu!

Seorang pengguna aplikasi X mendedahkan ada pihak yang meminta sumbangan derma untuk kiriman doa yang dibacakan di hadapan Kaabah sewaktu menunaikan haji atau umrah di Mekah.

Live depan Kaabah, mengaji al-Quran, buka slot untuk orang kirim doa. Siapa nak kirim doa tanpa bayaran, boleh WhatsApp.

Tapi pada masa yang sama, dia bagi kod QR untuk sesiapa nak menderma.

Semakan di TikTok mendapati akaun yang menggunakan nama ‘Ustaz Mekah’ adalah individu yang menyediakan perkhidmatan untuk membaca doa di hadapan Kaabah.

Mekah

Selain itu, Ustaz Mekah juga turut berkongsi cara untuk mengirimkan doa kepadanya serta meletakkan QR Code atas nama Aswaja Darul Hijrah buat mereka yang ingin berinfak.

IKLAN

Berikan nama penuh, tulis doa sendiri untuk dibacakan dan hantar mesej WhatsAap kepada Ustaz Mekah.

Tiada bayaran dikenakan. Jika mahu infak klik bawah ini,’ tulis keterangan di bio

Walau bagaimanapun, sesiapa yang hendak mengirimkan doa tetap perlu mengeluarkan wang serendah 1 sen meskipun Ustaz Mekah mengatakan tiada bayaran yang dikenakan.

Photo 6107000929053163063 x

Walaupun Ustaz Mekah menyatakan tiada bayaran tetap dikenakan, syarat infak sebelum mengirim doa boleh menimbulkan persoalan. Adakah infak ini sebenarnya cara terselindung untuk mengenakan bayaran kepada mereka yang memohon doa?

Isu ini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya tentang keikhlasan dan tujuan sebenar inisiatif ini.

#OhmediaNasihat

Meminta doa dari seseorang yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Haram memang dibolehkan, namun berhati-hatilah dengan amalan yang menjadikan ibadah sebagai sumber komersial. Doa adalah satu bentuk ibadah yang suci dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan bayaran.

Ohmedia photo 6107000929053163061 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas