Connect with us

Oh! Media

Timbul Dakwaan Adira Suhaimi Dan Datuk Red Tinggal Sebumbung, Ini Respon Tuan Badan

Untitled Design   1

Trending

Timbul Dakwaan Adira Suhaimi Dan Datuk Red Tinggal Sebumbung, Ini Respon Tuan Badan

Penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red dilihat kerap membuat ‘live’ bersama sehingga ada yang mendakwa mereka ini tinggal sebumbung. Biar betul?

Menurut laporan Berita Harian, Adira tidak berdiam diri dan tampil bersuara bagi memperjelaskan hal sebenar mengenai dakwaan itu.

Kami memang selalu buat ‘live’ bersama, ada masa dia datang jenguk anak.

Penyanyi itu juga berkata yang dirinya tinggal bersama kakak, dua abang dan kakak iparnya. Datuk Red pula kadang-kadang datang ke rumah itu untuk menjenguk anak mereka.

IKLAN

Status saya masih seorang ibu tunggal, Alhamdulillah. Saya tinggal bersama dengan kakak, dua abang dan kakak ipar.

Jadi, saya tidak tinggal sebumbung dengan Adnan. Dalam rumah ini ada ramai orang, termasuk anak. Memang ramai dan selamat. Saya faham pandangan netizen.

Kadang-kadang saya juga membantu Adnan berniaga di stor, tetapi orang ingat rumah. Kami di stor tempat simpan barang-barang. Anda semua kena tengok ‘live’ dari awal sampai habis barulah boleh bercakap.

Sebelum ini Datuk Red dengan spontannya mengucup kepala Adira ketika siaran langsung di TikTok buatkan dirinya dikecam netizen.

BACADatuk Red Dikecam Cium Kepala Bekas Isteri, Adira Suhaimi Dalam Siaran Langsung

Adira yang sedar dengan kecaman itu bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu ini. Ini kerana, orang yang menonton siaran langsung itu turut dapat melihat reaksi wajah Adira yang tidak selesa dilakukan seperti itu.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas