Oh! Artis
Che Ta Bengang Ada Selebriti Berfesyen Seperti Baru Balik Bersenam Ketika ABPBH
Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa kesal dengan segelintir selebriti yang sambil lewa dalam berfesyen ketika hadir ke karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 yang berlangsung baru-baru ini.
BACA: Cara Che Ta Jaga Penampilan Diri Untuk Kekal Cantik
Menerusi Instagram, pelakon itu berkata ada artis yang berpakaian seperti baru balik bersenam dan dirinya menganggap perkara itu tidak menghormati majlis.
Kenapa la ada yang pergi Anugerah, pakai baju macam baru balik jogging! Ayooo sungguh tidak menghormati majlis! Kalau dah bodoh fesyen, hire la stylist!
Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang datang ‘meriah’ fesyennya. Lagi pun majlis-majlis serupa ini, bukan hari-hari kot kau nak kena muncul.
Ada juga yang macam nak pergi kenduri, tapi okay lagi la dari yang datang macam baru balik jogging dan baru bangun tidur.
Korang rasa siapa selebriti yang berpakaian seperti yang dikatakan Che Ta tu?
Untuk info, penyanyi Aina Abdul telah memenangi anugerah bagi kategori Bintang Paling Popular selepas menerima lebih 8 juta undian daripada peminat pada malam itu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Che Ta