Trending
“Maaf Saya Team Fattah” – Peguam Syarie Beri Pandangan Sokong Fattah Amin
Baru-baru ini, konflik rumah tangga di antara Fazura dan Fattah Amin telah menjadi bualan warga maya. Bukan sahaja menjadi perdebatan netizen malah pengamal undang-undang juga tertarik dengan kisah mereka.
Menerusi Facebook, salah seorang daripada peguam syarie, Hafidzah Hassan telah memberi pandangan nya terhadap kes ini.

Melalui pengalaman 15 tahun dia mengendalikan kes berkaitan fitnah, Hafidzah berkata dia telah memberi sokongannya terhadap Fattah.
Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah.
Maaf, saya ‘team’ Fattah Amin.
Sementara itu, di ruangan komen, segelintir warga maya telah menyokong kenyataannya itu dan mereka turut menyebelahi Fattah.
Menurut info, Hafidzah sebelum ini pernah mewakili Siti Bainun bagi kes pertuduhan menganiaya seorang remaja sindrom down, namun dia telah menarik diri dan tidak lagi mewakili Siti Bainun atas alasan jadual terlalu padat.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM