Trending
Faris Choii Dijatuhi Hukuman Di Mahkamah Selepas Melakukan Aksi ‘Drift’ Di Jalan Raya
Pempengaruh terkenal, Faris Choii dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.
Sebelum ini beliau ditahan oleh pihak polis semasa melakukan aksi ‘drift’ ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Selain Faris, 14 lelaki turut ditahan dalam operasi itu bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal termasuk sebuah kereta yang digunakan mereka untuk siasatan lanjut.
Harap perkara ini tidak berulang memandangkan Faris merupakan pempengaruh yang sangat dikenali oleh anak-anak muda waktu ini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette