Connect with us

Oh! Media

Pencari Barangan Lama Jumpa Rangka Bayi Di Lebuhraya Rawang Bypass

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 25t103707120

Trending

Pencari Barangan Lama Jumpa Rangka Bayi Di Lebuhraya Rawang Bypass

Di Rawang, Selangor rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di Lebuhraya Rawang Bypass, semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya telah menerima maklumat tentang penemuan tersebut kira-kira pada jam 1 tengah hari.

Rangka bayi yang baru dilahirkan itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 53 tahun yang pada mulanya ingin mencari barangan lama di kawasan tersebut.

IKLAN

Selepas mendapat maklumat daripada individu berkenaan, polis bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian itu diharap dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 25t103707120

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas