Penyanyi Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athirah Mustapa, berkongsi kesedihan mereka apabila kehilangan bayi sulung dalam kandungan. Menerusi satu hantaran di Instagram, Noh mendedahkan bahawa 22 September adalah tarikh genap tujuh bulan mereka melalui detik tragis itu.
Hari ini 22 September 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan.- Tulis Noh di Instagram sambil berkongsi gambar pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya di pusat perubatan.
Dugaan berat buat Noh Salleh dan isteri…
Selain kehilangan bayi, Noh dan Athirah juga pernah ‘berjuang’ bersama bekas isteri Noh, Mizz Nina, untuk hak penjagaan anak angkat mereka, Musa. Namun, takdir telah menetapkan ujian lain buat mereka.
Segala ujian ini mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat… Walaupun perit, kami bersyukur. Tuhan jernihkan semuanya untuk kami.- Luah Noh.
Nama anak syurga adalah ‘Julian’…
Noh dan Athirah menamakan anak syurga mereka Julian dan berharap agar suatu hari nanti dapat bertemu di alam yang lain. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 September tahun lalu.
IKLAN
Untuk info, Noh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan mereka mengambil anak angkat bernama Musa. Namun, mereka bercerai pada Ogos 2022.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM