Trending
Ketua Polis Selangor Beritahu Perkembangan Terkini Mengenai Kes Kematian Nidza Afham
Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Menurut laporan mStar, perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.
Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.
Difahamkan, Hussein menjelaskan hal tersebut ketika ditemui oleh pihak media di Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang, hari ini.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberitahu kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Sekadar info, selepas mayat Nidza ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu, kes kematian arwah sememangnya menjadi perhatian ramai kerana difahamkan, arwah dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Sultan Suleiman.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM