Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Kata Bekerjasama Terlalu Lama Di Set Penggambaran Adalah Punca Segalanya

Ohmedia img 0460

Trending

Bella Astillah Kata Bekerjasama Terlalu Lama Di Set Penggambaran Adalah Punca Segalanya

Pelakon, Bella Astillah tidak menafikan yang ikatan hubungan antara pelakon menjadi lebih akrab sekiranya mereka bekerjasama dalam jangka masa yang lama.

Menurut laporan mStar, Bella yang sudah tiga kali berganding dengan pelakon lelaki sama iaitu Ezaidi Aziz telah meletakkan batas di set penggambaran supaya tidak wujud perasaan antara pelakon.

Saya rasa apabila menjadi seorang pelakon, perasaan hormat itu paling penting kerana apabila berada di set penggambaran perlu ada batas terutamanya antara perempuan dan lelaki.

Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa seperti sudah kerap kali berlakon dengan Ezaidi dan kami sudah mula berkomunikasi seperti rakan dengan membahasakan diri ‘kau aku.

Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran wujud bonding (ikatan) di antara kami. Jadi macam mana nak elakkan wujud perasaan, kita mulakan dengan panggilan.

Bella juga berkata yang mereka berdua profesional dan tidak pernah berhubung apabila habis jer kerja.

IKLAN

Saya dan Ezaidi sudah saling mengenali, kami tidak mempunyai masalah untuk berlakon sama.

Apa-apa sahaja keperluan biar dibincang di tempat bekerja (lokasi penggambaran) sahaja. Di luar, kalau nak keluar berjalan-jalan bersama memang tidak pernah. Alhamdulillah.

Kita hanya manusia biasa, jadi kita sendiri yang perlu kawal perasaan itu. Selagi boleh kawal, kita kawal.

Betul lah apa Bella kata, kita manusian ni memang tak lari dari buat silap. Tapi kita juga ada pilihan untuk mencegahnya sebelum terjadi.

Rujukan kami: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas