Connect with us

Oh! Media

Zul Ariffin Hancurkan Hati Ramai Gadis Malaysia? Bakal Bernikah Tahun Hadapan

photo6264630781481691373jpg

Umum

Zul Ariffin Hancurkan Hati Ramai Gadis Malaysia? Bakal Bernikah Tahun Hadapan

Alamak, meraunglah gadis-gadis di luar sana apabila Zul Ariffin dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan bernikah seawal tahun hadapan dengan wanita pilihan hati. Perkara ini dikongsi sendiri oleh Zul Ariffin, namun masih merahsiakan siapa wanita bertuah berkenaan yang berjaya membuatkan dirinya tertarik.

Tapi apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah, wanita terbabit bukanlah dari kalangan rakan artis dan juga bukan beragama Islam.

Pilihan sudah ada, cuma saya akan kongsikan siapa orang itu apabila sudah sampai waktunya nanti. Tidak perlu teka siapa gerangan wanita itu, nantikan berita itu tahun depan. Buat masa ini, saya nak bakal isteri saya mengenal agama Islam secara lebih mendalam dan ikhlas untuk memeluk Islam. Jika dia berniat memeluk Islam sebab nak berkahwin dengan saya, perkara itu tidak akan berlaku kerana saya tidak izinkan. Saya sudah jelaskan perkara ini kepadanya.

Zul Ariffin juga berpendapat bahawa perkahwinan adalah perkara yang boleh dibuat main dan tidak mahu ia menjadi huru-hara jika tidak bersedia. Jadi dia sekarang nampaknya sudah mula memasang niat dan siapkan diri untuk menjadi lebih bertanggungjawab sebelum memasuki gerbang perkahwinan.

IKLAN

Memilih untuk memperisterikan wanita bukan Islam bukan perkara mudah. Sebelum nak membimbing dia ke arah kebaikan, saya kena jadi lebih bagus. Sekarang saya sedang membuat persiapan ke arah itu. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik. Saya nak rumah tangga yang bakal dibina nanti mengikut apa yang saya harapkan.

Kita doakan sahajalah yang terbaik untuk mereka dan semoga masjid yang bakal dibina ini terus menjadi satu bimbingan untuk menjadi lebih baik. Gadis-gadis di luar sana, jangan bersedih ok, hehe.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas