Connect with us

Oh! Media

Nikmati Penjimatan RM6.7 Juta & Promosi Hebat Sempena Festival OHMYDIN!

Festival Ohmydin

Branded

Nikmati Penjimatan RM6.7 Juta & Promosi Hebat Sempena Festival OHMYDIN!

Berita gembira buat pelanggan setia MYDIN, korang berpeluang untuk menikmati pelbagai promosi hebat serta penjimatan sehingga RM6.7 juta menerusi kempen Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun ke-67. Bestnya!

Menariknya, terdapat 55 rakan kerjasama strategik yang terlibat dalam kempen ini termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai peraduan dan promosi hebat yang korang boleh nikmati sepanjang tempoh kempen Festival OHMYDIN! ni tau. Kalau nak tahu apakah antara promosi tersebut, jom kami kongsikan.

Barangan Dijual Pada Harga Serendah RM0.67 Menerusi Promosi Hari-Hari MYDIN Murah

Ya, betul! Sempena kempen Festival OHMYDIN! ni, terdapat beberapa barangan yang dijual pada harga serendah RM0.67 menerusi promosi Hari-Hari MYDIN Murah. Baguskan?!

Festival Ohmydin

Selain itu, terdapat juga promosi hebat lain yang korang boleh nikmati sepanjang tempoh kempen ini antaranya Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian (PWP), Happy Hour, dan banyak lagi promosi menanti terutama buat pemilik kad kesetiaan Meriah.

Festival Ohmydin

Memang rugi sangat kalau korang tak serbu MYDIN berdekatan sebab banyak sangat promosi yang tak patut dilepaskan! Psst, terdapat juga promosi berlangsung di TikTok Shop MYDIN tau.

Festival Ohmydin

Bukan itu saja, korang juga berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah RM67,000 apabila berbelanja menggunakan aplikasi pembayaran seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater dalam satu transaksi di mana-mana cawangan MYDIN. Mantaplah!

Festival Ohmydin

Terdapat juga hadiah keseluruhan bernilai RM103,500 untuk dimenangi dengan bermain permainan dalam aplikasi MYDINPay, yang dikuasakan oleh CashOut dengan kerjasama jenama seperti Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy.

Festival Ohmydin

Siapa yang belum daftar dalam aplikasi MYDIN PayFlex, baik korang daftar sekarang sebab korang akan menerima RM15 kredit tunai dan layak untuk menerima promosi Belian dengan Belian Borang (PWP). Fuhh, banyaknya promosi MYDIN!

Hantu Durian Wajib Datang Acara “Jom Durian”

Festival Ohmydin

Untuk korang yang hantu durian dekat luar sana tu, jangan lupa sertai acara “Jom Durian” yang akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 September 2024 dan MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober 2024.

Kalau tanya kami, korang memang rugi tak sertai acara ni sebab korang dapat menikmati sedulang durian dengan harga serendah RM100 saja! Siapa yang nak bagi korang harga macam ni betul tak?!

Festival Ohmydin

Selain itu, siapa yang suka sertai program larian tu, jangan lupa untuk sertai “Fun Run Festival OHMYDIN!” tau! Setiap pendaftaran program ini, sejumlah RM5 akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin yang akan disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Larian sejauh 6.7km ini akan dianjurkan di empat lokasi cawangan MYDIN iaitu Subang Jaya, Selangor pada 24 Ogos, MITC, Melaka pada 21 September, Tunjong, Kelantan pada 19 Oktober dan Petra Jaya, Sarawak pada 9 November 2024.

Menariknya, untuk korang yang menyertai acara larian ini berpeluang menikmati cabutan bertuah dan membawa pulang hadiah seperti peranti OPPO, baucar tunai dan hamper. Bestnya!

Meriah kan acara Festival OHMYDIN! ni? Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati segala promosi hebat yang ditawarkan dan sertai semua aktiviti yang MYDIN anjurkan okay?

Kempen ini akan berlangsung dari 22 Ogos sehingga 11 November 2024. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi MYDIN atau ikuti media sosial MYDIN di Facebook dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas