Oh! Artis
Rafidah Ibrahim Diperintah Bayar Saman Sebanyak RM250k Kerana Buat Hantaran Fitnah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pelakon, Rafidah Ibrahim untuk membayar saman fitnah sebanyak RM250,000 kepada seorang usahawan yang bergelar Datuk.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini mula terjadi apabila pelakon itu memuat naik satu hantaran fitnah pada tiga tahun lepas berkaitan syarikat Datuk Haris Embong tidak membayar hasil kerjanya setelah diberhentikan pada Ogos 2021.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dibuat Rafidah itu didapati adalah satu fitnah menurut Hakim Mohd Johan.
Perkataan yang digunakan defendan telah mendedahkan plaintif dengan kebencian, cemuhan, penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah plaintif-plaintif di mata awam.
Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca dalam hantaran itu untuk menjauhi plaintif-plaintif.
Keputusan mahkamah itu buatkan Haris menarik nafas lega setelah hampir tiga tahun dicemuh akibat hantaran fitnah tersebut.
Dengan keputusan hari ini dapat membersihkan nama saya dan syarikat. Tiga tahun saya berada dalam ‘alam kegelapan’ dan orang memandang serong terhadap perniagaan saya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Kosmo Online