Connect with us

Oh! Media

Enggan Hantar Anak Ke Asrama, Aeril Zafrel Risau Kes Buli Yang Semakin Menjadi-Jadi

Ohmedia ateyn Featured Image 47

Oh! Artis

Enggan Hantar Anak Ke Asrama, Aeril Zafrel Risau Kes Buli Yang Semakin Menjadi-Jadi

Tiada dalam perancangan untuk menghantar anak-anak ke asrama, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel risau kerana kes buli yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar.

Menerusi laporan Kosmo, Aeril berkata dia juga tidak mahu berjauhan dengan anaknya dan mahu melihat mereka membesar di depan mata.

Dari sisi pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan berdikari.

Tapi, macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri.

Kalau nak diikutkan, memang takut tetapi budaya buli bukan di asrama sahaja, sekolah biasa pun ada berlaku.

Aeril berpendapat bahawa, ibu bapa memainkan peranan paling penting untuk mengingatkan kepada anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala buli.

IKLAN

Aeril juga berkata, meskipun mampu mengupah pemandu untuk menghantar anak-anak ke sekolah, tetapi dia lebih memilih bangun awal pagi untuk melakukan tugas tersebut.

Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya mampu buat.

Dia tidak mahu melepaskan momen itu sebelum anaknya beranjak dewasa.

Ohmedia ateyn Featured Image 47

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas