Connect with us

Oh! Media

Tular Video Polis Jumpa Dua Rangka Manusia Tergantung Pada Dahan Pokok

Ohmedia ateyn Featured Image 43

Trending

Tular Video Polis Jumpa Dua Rangka Manusia Tergantung Pada Dahan Pokok

Baru-baru ini terdapat satu berita yang menggemparkan penduduk di kawasan Desa Aeng Taber, Kecamatan Tanjung bumi di Jawa Timur Indonesia.

Menerusi laporan Detik.com, dua tengkorak manusia telah ditemui di tepi sebuah pantai.

Ohmedia evakuasi tengkorak manusia yang ditemukan di bangkalan 169

Pada awalnya, terdapat satu video yang tular di sosial media menunjukkan tengkorak manusia tersebut tersangkut pada dahan pokok.

IKLAN

Selepas video itu tular, Ketua Polis Sektor Tanjung Bumi, Assiseten Komisioner Fery Riswantoro dan kumpulannya, telah melakukan pencarian bersama.

Setelah beberapa hari, tengkorak tersebut telah ditemui. Walau bagaimanapun, maklumat yang diterima dari penduduk berbeza dengan sebelum ini.

Menurut video yang tular, hanya terdapat satu tengkorak, tetapi apabila polis tiba di lokasi kejadian rupa-rupanya polis menjumpai dua rangka manusia.

Berikutan itu, polis akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenali identiti tengkorak tersebut.

Ohmedia ateyn Featured Image 43

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas