Oh! Artis
Tersilap ‘Post’ Foto Tanpa Tudung, Influencer Mohon Sesiapa Sempat ‘Screenshot’ Supaya Padam
Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi mengejutkan para peminat apabila dikatakan tersilap memuat naik foto tanpa hijab di media sosial.
Adira memohon sesiapa yang sempat ‘screenshot’ supaya memadamnya dengan segera.

Salam semua, terima kasih bagi yang concern tentang posting Dira tadi. Dira mohon sesiapa yang tengok, jangan sebarkan. Dira tersilap post. Kalau ada sesiapa yang screenshot mohon delete ya. Thank you korang.
Pempengaruh yang mempunyai lebih 1 juta pengikut ini berterima kasih kepada sesiapa yang mengambil berat dan berharap ianya tidak disebarkan.

Meninjau ke Instagram, netizen membanjiri ruangan komen memohon penjelasan memandangkan Adira sebelum ini dikenali dengan imej bertudung.






Lebih menjadi tanda tanya apabila ibu kepada dua orang anak ini menyertakan kapsyen sedih pada gambar tersebut.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Instagram Adira Salahudi
