Oh! Tidak
Pembuli Siber Mendiang Esha Mengaku Bersalah, Hanya Didenda RM100
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shalini mengaku bersalah atas tuduhan membuli seorang pempengaruh TikTok, Esha sehingga dia sanggup untuk membunuh dirinya.
Difahamkan Shalini telah menggunakan akaun media sosialnya untuk mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan orang ramai.
Selepas pertuduhan dibaca, Shalini yang ditemani bapa dan juga suaminya kekal tenang siap boleh keluar mahkamah dengan senyuman.
Wanita itu juga mengaku sudah insaf dengan insiden berkenaan selain daripada mengakui perbuatannya adalah salah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Arunjothy M Selwarwam telah mengenakan denda sebanyak RM100 atau penjara selama 7 hari jika denda tersebut tidak dibayar oleh pelaku.
Terdahulu, Esha ditemui meninggal dunia sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah ke atas dirinya.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Malaysia Gazette | mStar
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM