Connect with us

Oh! Media

Noor Nabila Mengalirkan Air Mata, Sharnaaz Pula Dilihat Tenang

Umum

Noor Nabila Mengalirkan Air Mata, Sharnaaz Pula Dilihat Tenang

Sebentar tadi, baru sahaja selesai prosiding kes tuntutan cerai diantara Noor Nabila Mohd Noor dan suaminya Sharnaaz Ahmad yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Noor Nabila dilihat mengalirkan air mata semasa dihampiri pemberita dan masih tidak bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Fokus saya hanya hendak membesarkan anak dengan baik dan beri kasih sayang secukupnya, luahnya.

Bagaimanapun Sharnaaz dilihat tenang dan yakin dapat jumpa jalan pendamaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya.

IKLAN

Kenapa kalau kahwin elok-elok, takkan nak bercerai gaduh-gaduh. Soal reda atau tidak dalam hal ini, kita ada mahkamah. Kita perlu menghadapi benda itu. Jadi, apabila mahkamah perintah untuk melantik JKP, kita ikut saranan mereka. Kita cuba memperelokkan urusan sehabis baik, katanya

Untuk pengetahuan korang, rumah tangga Sharnaaz dan Nabila bergolak dan mula diketahui umum pada 29 Ogos lalu apabila sebuat laman telah menyebarkan Nabila akan memfailkan perceraian dan akhirnya perkara ini betul-betul berlaku apabila Nabila berkongsi sekeping gambar yang sedang berada di mahkamah.

Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas