Trending
Tiada Halangan Untuk Ustaz Don Daniyal Teruskan Berdakwah Dalam Program TV
Pertemuan antara pendakwah selebriti, Ustaz Don Danyal bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimaklumkan sudahpun berlaku pada hari Isnin lalu.
BACA: Tular Video Ustaz Don Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam Dan Hawa Sebagai Content Jenaka
Hasil pertemuan itu, pengurus kepada Ustaz Don yang dikenali sebagai Ana memaklumkan ia berlangsung dengan baik dan bersyukur kerana tidak dihalang untuk teruskan dakwah.
Untuk muncul kembali dalam program Salam Baitullah tunggu RTM…
Perjumpaan Ustaz Don dengan Jakim berlangsung sangat baik. Malah, tiada halangan untuk Ustaz Don teruskan berdakwah walaupun di dalam program TV.
Bagaimanapun, untuk kemunculan Ustaz Don dalam program Salam Baitullah, kami sedang menanti keputusan pihak tertinggi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kemasukan semula itu (selepas direhatkan).
Setakat ini kita masih menantikan penjelasan penuh daripada pihak JAKIM berhubung isu ini selepas membuat perjumpaan bersama Ustaz Don yang turut disertai wakil dariapda Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM