Trending
Wanita Mengaku Bersalah Miliki 102 Alat Mainan Seks
Korang ingat tak menjadi satu kesalahan ke jual benda tak berfaedah macam ni? Kejadian dekat Balik Pulau ni, seorang peniaga wanita sudahpun tertangkap jual alat mainan seks dekat pusat membeli belah.
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks pada 6 Februari lepas.
Tertuduh, Sarah Phoon berusia 29 tahun itu kemudian didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Jika gagal bayar denda, boleh dipenjara selama dua bulan.
Kes macam ni akan disiasat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda.
Kredit: BuletinTV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM