Oh! Tidak
Lelaki Tergamak Rogol Wanita 22 Tahun Yang Sedang Mengandung
Seorang lelaki berusia 21 tahun tergamak merogol seorang wanita yang sedang mengandung. Kurang ajar betul!
Kejadian berlaku di sebuah bilik tingkat atas kediaman mangsa yang berusia 22 tahun itu di Jalan Teku pada 25 April lepas.
Menurut laporan The Star, lelaki itu telah didakwa atas perkara itu di Mahkamah Majisret Sibu, Sarawak semalam.
Walau bagaimanapun, tertuduh tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas Majistret Romario Jonoi membacakan pertuduhan ke atasnya.
Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 20 Mei nanti dimana tertuduh tidak ditawarkan sebarang ikat jamin.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) (g) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Kredit: The Star
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM