Oh! Artis
“Awak Tu Artis Veteran Je” – Azlee Senario Dituduh Bongkak Gara-Gara Tolak Job RM500 Sehari
Seorang pengguna aplikasi X mengundang kritikan selepas melabel pelakon otai, Azlee Senario sebagai bongkak.
BACA: Azlee Senario Bayar Kereta Dan Rumah Guna ‘Gift’ TikTok, Raih Sehingga RM15,000 Sebulan
Pengguna aplikasi X memberi respon tersebut terhadap satu temubual Azlee yang menolak ‘job’ dengan bayaran RM500 sehari.

Individu ini berkata, Azlee seorang artis yang ‘demanding’ walaupun veteran dan kumpulan Senario sudah lama terkubur.

Individu ini juga membandingkan kualiti artis senior di luar negara dengan artis Malaysia yang semestinya tak dapat menembusi pasaran global.

Rata-rata netizen bagaimanapun tak bersetuju dengan pendapat ini beranggapan bayaran RM500 sehari adalah satu penghinaan.
Katanya, masa shooting bukan terhad 2 atau 3 jam je. Kadang-kadang sampai 8 jam di set penggambaran. Jadi berbaloikah dengan penat lelah tu?
Kredit: X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM