Connect with us

Oh! Media

Dr Zulkifli Beri Nasihat Kepada Bella Astillah Tapi Netizen Kecam Pula

Dr zulkifli bella astillah ohmedia

Oh! Artis

Dr Zulkifli Beri Nasihat Kepada Bella Astillah Tapi Netizen Kecam Pula

Nampaknya, bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut terpanggil untuk memberi nasihat kepada pelakon, Bella Astillah atas apa yang berlaku.

Dalam perkongsian itu, Dr Zul menasihatkan golongan isteri harus bersabar dan tenang dalam membuat sebarang keputusan.

Dr Zul melihat, jika suami ditangkap khalwat bersama wanita lain, para isteri seharusnya tenang dan menanti keputusan siasatan. Tidak perlu membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan sedang marah.

IKLAN

Seorang isteri perlu buat keputusan selepas hati tenang…

Dalam isu ini sebagai orang isteri, beliau bersabar. Tenang sebab hukum buat keputusan ketika marah maka kurang tepat biasanya.

Untuk elak ini, tenang dulu, bila hati sudah sejuk buat solat kepada Tuhan, timbang tara untuk anak dan suami serta ambillah keputusan selepas ditanya orang-orang yang berpengalaman.

Sebab manusia tiada yang maksum, semua kita banyak salah silap, besar kecil depan belakang orang dan sebaik-baik bertaubat kepada Allah.

Ramai pula tak puas hati dengan nasihat bekas mufti Wilayah Persekutuan…

Perkongsian nasihat ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen. Ada yang bersetuju dan ramai juga yang kurang senang dengan kenyataan oleh Dr Zulkifli.

Ada yang berkata, Dr Zul sepatutnya menasihati golongan suami yang ditangkap khalwat dalam hal ini.

Image 42

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas