Connect with us

Oh! Media

Grab Telah Didenda Lebih RM86 Juta? Biar Betul?

copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2b 4png

Umum

Grab Telah Didenda Lebih RM86 Juta? Biar Betul?

Kuala Lumpur : Kerana amalan menindas, Grab mungkin dikenakan denda lebih RM86 juta Graoleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Sejak Grab dan Uber bergabung, pihak MyCC telah menerima banyak aduan terhadap Grab. Grab telah diberi masa selama 30 hari bermula hari ini dari kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail untuk memberikan pernyataan mereka kepada MyCC. Grab didapati menyalahgunakan kuasanya dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab yang lain dengan membataskan pemandunya.

Sekiranya Grab tidak mengambil tindakan untuk memperbetulkan isu persaingan seperti yang dinyatakan oleh pihak MyCC, Grab akan dikenakan denda sebanyak RM15,000 per hari bermula hari ini.

IKLAN

Iskandar Ismail berkata, Grab telah melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif.

Sumber : Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas