Connect with us

Oh! Media

“Tak Larat Nak Nangis” – Kembali Free Hair, Nonny Nadirah Dedah Dah 3 Tahun Menderita Sihir

Nonny Nadhirah

Oh! Artis

“Tak Larat Nak Nangis” – Kembali Free Hair, Nonny Nadirah Dedah Dah 3 Tahun Menderita Sihir

Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim lima, Nonny Nadirah mendedahkan dia menjalani hidup yang sukar selepas terkena gangguan sihir sejak beberapa tahun lalu.

Perbuatan khianat ini juga dipercayai menjadi punca dia menyepikan diri daripada dunia hiburan buat sementara waktu.

BACA: Nonny Nadirah Kembali Selepas 3 Tahun Hilangkan Diri, Akui Diri Tiada Asas Agama Sebelum Ini

IKLAN

Terbaru, pelakon ini memohon maaf kerana wajahnya sedikit senget akibat disihir. Dia mengaku sudah tak larat untuk menangis dan perlu bangkit melawan perkara tersebut.

Nonny Nadhirah

Dalam video itu, Nonny dilihat mempromosikan produk dan sangat menghargai jika ada yang sudi menyokongnya.

Nonny Sihir

Pada masa yang sama, pelakon ini bersemangat untuk melawan perbuatan sihir itu dan hanya tunduk kepada Allah yang satu.

Nonny Buka Tudung
Sihir
Nonny 4
Nonny 5

Biarpun bertahun-tahun menderita sihir, Nonny bersyukur Allah SWT masih memberinya peluang. Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kebaikan buat dirinya.

Terdahulu, selebriti ini mencuri tumpuan ramai apabila tiba-tiba membuka hijab dan memuat naik foto berkemban di Instagram pada tahun 2021.

Dalam pertengahan tahun ini, dia dilihat kembali bertudung ketika bertemu dengan rakan baiknya, Mila Jirin. Tetapi, nampaknya Nonny kekal dengan imej tidak bertudung selain mengaku disihir seseorang.

Kredit: Instagram Nonny Nadirah

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas