Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Rogol Remaja Perempuan 15 Tahun

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Dua Lelaki Rogol Remaja Perempuan 15 Tahun

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah diperkosa dua orang lelaki warga Rohingya yang baru dikenali di satu taman permainan.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di Batu Berendam dan perkara ini disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah. Pihaknya telah menerima satu laporan yang dibuat oleh abang mangsa pada hari sama kejadian itu berlaku di Balai Polis Batang Tiga.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun itu yang masih bersekolah telah keluar daripada rumah pada 14 September kira-kira jam 2 petang untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang baru dikenalinya.

IKLAN

Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal sekitar jam 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki kereta Proton Preve dipandu suspek kedua sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu. Selepas dirogol mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam.

Kedua-dua suspek yang merupakan seorang penganggur dan peniaga memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Suspek itu telah ditahan polis dan akan direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September bagi tujuan siasatan lanjut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas