Connect with us

Oh! Media

Individu Dakwa Pendakwah Terkenal Mungkir Janji, Jadi Gelandangan Lepas Kena Halau Dari Rumah Sewa

Gelandangan 1

Oh! Tidak

Individu Dakwa Pendakwah Terkenal Mungkir Janji, Jadi Gelandangan Lepas Kena Halau Dari Rumah Sewa

Tular di media sosial seorang individu mendakwa dia dan keluarga menjadi gelandangan selepas dihalau daripada rumah sewa.

Menerusi perkongsian yang dibuat di kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, individu tersebut mendakwa keluarganya yang serba kekurangan pernah ditularkan oleh seorang pendakwah terkenal satu ketika dahulu.

Gelandangan

IKLAN

Dia mendakwa pendakwah itu telah menyewakan sebuah rumah dan berjanji untuk menanggung sewa termasuk bil api dan air selagi masih hidup.

Namun, dakwanya sewa rumah dah lama tak dibayar menyebabkan mereka sekeluarga dihalau keluar.

Malah, individu ini menafikan dakwaan jiran tetangga kononnya dia menerima bantuan wang tunai RM2,000 serta barangan dapur daripada pendakwah itu.

Di ruangan komen, orang ramai dilihat menyelar individu ini yang dikatakan hanya mengharapkan bantuan.

Menurut netizen, individu ini seharusnya berusaha mencari pekerjaan dan membayar sewa rumah sendiri bukannya meratap di media sosial.

Whatsapp image 2023 07 20 at 64743 pm
Ebit 2
Ebit Lew
Rumah sewa

Berat tuduhan ini kan? Seeloknya kita dengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang spekulasi.

Kredit: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas