Connect with us

Oh! Media

Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Berharap Dipilih Allah Menjadi Daie

Abdullah Abbas

Oh! Artis

Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Berharap Dipilih Allah Menjadi Daie

Selebriti terkenal tanah air, Neelofa, hari ini mengumumkan nama anak lelaki keduanya yang lahir seminggu lalu.

BACA: Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Bilal

Dalam satu hantaran di Instagram, Neelofa mendedahkan bayi itu diberi nama Abdullah Abbas. Dia turut menjelaskan maksud nama Bilal dan Abbas.

IKLAN

Menurut Neelofa, nama anak sulungnya Bilal diambil sempena kisah Bilal bin Rabah R.A yang ikhlas dan berani menegakkan agama Allah SWT.

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Neelofa dan suaminya Haris berdoa semoga puteranya Bilal dapat menjadi seakan-akan Bilal bin Rabah R.A.

Neelofa

Manakala, nama Abdullah Abbas pula dipilih kerana antara nama yang paling disukai Allah adalah Abdullah. Jadi permulaan nama diletak Abdullah diikuti Abbas yang pernah didoakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Alhamdulilah, sedap nama anak-anak Neelofa. Didoakan semoga Abdullah Abbas membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

Kredit: Instagram Neelofa

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas