Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Mudah Kuetiau Goreng Terpaling Sedap!

20230410 111901 0001

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Kuetiau Goreng Terpaling Sedap!

Bulan puasa sekarang, mesti kita rindu akan makanan goreng-goreng dekat restoran bukan? Lagi-lagi kuetiau goreng, Ya Allah sedapnya!

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Onde-Onde Lembut Tak Kedekut Gula Melaka!

Tapi, tahukah korang sebenarnya senang saja nak buat kuetiau goreng ini. Jom, Oh! Media kongsi resepi mudah nak buat menu ini.

IKLAN

Resepi kuetiau goreng

Image 57

Bahan-bahan:

  1. 1 bungkus kuetiau
  2. 3 sudu besar minyak masak
  3. 200 gram isi ayam/udang
  4. 2 fillet kek ikan (dipotong dadu)
  5. 3 sudu besar cili kisar
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 ulas bawang merah
  8. Sedikit ikan bilis (20g)
  9. Segenggam daun kucai
  10. Sedikit taugeh
  11. Sos tiram
  12. Kicap pekat
  13. 1 sudu besar sos ikan

Cara penyediaan:

  1. Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar bersama cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, udang dan kek ikan.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan.
  5. Biarkan kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur.
  6. Masukkan kuetiau dan kacau sekata.
  7. Masukkan sayur taugeh dan kucai, garam dan gula secukup rasa.
  8. Goreng selama 5-8 minit dan siap untuk dihidang.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Road To Sukan Asia 2026

19 September sehingga 4 Oktober 2026

Hari 00
:
Jam 00
:
Minit 00
:
Saat 00

Popular Bulan Ini

Oh! Sembang Jerr - Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas