Connect with us

Oh! Media

Amelia Henderson Tetap Hormat A. Aida Dan Akan Fail Rayuan

Untitled Design   1

Oh! Artis

Amelia Henderson Tetap Hormat A. Aida Dan Akan Fail Rayuan

Sebentar tadi kami melaporkan yang pelakon jelita, Amelia Henderson dan penerbit, Datuk A Aida telah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bagi prosiding keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum ini.

BACA : Amelia Henderson Langgar Kontrak, Diperintah Bayar Saman RM213k Kepada Syarikat Produksi A. Aida

Amelia telah diperintah mahkamah untuk membayar saman sebanyak RM213,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, pelakon itu akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes saman berhubung perlanggaran kontrak yang merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.

Tak boleh nak cakap banyak memandangkan saya akan buat rayuan juga. Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikanlah. Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini. Saya masuk mahkamah hari ini tanpa sebarang harapan.

Saya sangat bangga dengan diri saya kerana saya rasa saya buat perkara yang betul. Tapi pada masa sama perasaan itu juga yang bagi saya kekuatan untuk membuat rayuan.

Hari ini saya rasa sangat gembira secara sangat peribadi kerana pada masa sangat memerlukan, seluruh keluarga hadir, maka saya menang.

Walau bagaimanapun, perkara ini langsung tidak menggugat rasa hormat Amelia terhadap penerbit itu sebaliknya mengatakan yang dia cukup gembira sepanjang mengenali Aida.

Pengalaman saya bekerja dengan (Datuk) A Aida sangat ‘best’ (seronok). Saya tak ada satu patah perkataan negatif pun untuk cakap mengenai dia. Saya harap semua orang faham ini adalah percanggahan pendapat profesional.

Saya hormati semua orang dalam industri ini baik A Aida atau siapa pun yang saya pernah kerja sama. Saya dapat pengalaman yang sangat menyeronokkan kerja dengannya.

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat Amelia dan syarikat produksi A. Aida.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas