Connect with us

Oh! Media

Datin Patimah Jawab Tuduhan Netizen Gelar Dirinya Ibu Derhaka

Untitled Design   1

Oh! Artis

Datin Patimah Jawab Tuduhan Netizen Gelar Dirinya Ibu Derhaka

Ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tampil menjawab tomahan netizen yang menggelar dirinya sebagai ibu derhaka kerana lebih menyokong menantu, Puteri Sarah Liyana daripada anaknya sendiri.

BACA : “Kita Ada Bukti” – Datin Patimah Tetap Sokong Puteri Sarah, Dakwa Syamsul Failkan Nusyuz Kerana Dihasut Orang Ketiga

Menurut Datin Patimah, seseorang wanita yang bergelar ibu pastinya tidak mahu melihat anak mereka tersesat jalan.

IKLAN

Bukan itu sahaja, isteri kepada Yusof Haslam itu menegaskan dia tidak akan sesekali menyokong perbuatan salah yang dilakukan anaknya.

Kalau awak jadi ibu, nak ke tengok anak awak sesat ke neraka! Saya bukan seorang ibu yang baik kalau menyokong anak buat salah dan aniaya isteri yang melahirkan cucu-cucu saya.

Dalam pada itu, Datin Patimah menyelar individu yang turut menggelarkan dirinya seperti ibu tiru kepada Syamsul.

Mungkin awak bapa kepada penyondol yang tak pernah bagi nasihat yang baik.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Tidak mendiamkan diri, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan hak penjagaan anak-anak (hadanah) penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Kredit: Portal hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas