Connect with us

Oh! Media

Ini Adalah Panduan Tindakan Keselamatan Dan Kesihatan Semasa Banjir

20230306 114442 0001

Oh! Lifestyle

Ini Adalah Panduan Tindakan Keselamatan Dan Kesihatan Semasa Banjir

Kebelakangan ini beberapa negeri di negara kita telah dilanda dengan musibah air banjir. Air banjir ini mampu menimbulkan pelbagai risiko dan ancaman kepada orang awam dari segi keselamatan dan kesihatan.

BACA: Kuasa Allah! Banjir Hingga Paras Pinggang, Sejadah Masih Lagi Kering Dan Tidak Terusik

Oleh itu, Oh! Media kali ini akan berkongsi tindakan keselamatan dan kesihatan ketika banjir untuk menjadi panduan semua.

IKLAN

Panduan ketika banjir

Panduan keselamatan dan kesihatan banjir thumb

Persediaan sebelum banjir:

  1. Dapatkan maklumat terkini berkaitn info banjir melalui radio, televisyen, media sosial atau agensi-agensi kerajaan serta Bilik Gerakan banjir berhampiran.
  2. Sediakan kit kecemasan serta barang keperluan seperti makanan, alatan kebersihan diri, power bank, lampu suluh dan ubat-ubatan.
  3. Kenal pasti Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di kawasan kediaman.
  4. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan yang baik.

Tindakan semasa banjir:

  1. Berpindah dan keluar dari rumah dengan segera jika diarahkan.
  2. Elakkan melalui kawasan banjir dan berarus deras.
  3. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  4. Jangan minum air banjir dan awasi anak-anak dari bermain air banjir.
  5. Kunci kenderaan dan tinggal kenderaan tersebut sekiranya kenderaan terhenti dalam air banjir.
  6. Berpindah lebih awal sebelum air banjir meningkat.
  7. Jaga kebersihan diri dan makan makanan yang telah dimasak sahaja.
  8. MInum air masak atau air botol sekiranya tiada air bersih.
  9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.
  10. Patuhi peraturan yang ditetapkan di pusat pemindahan.

Tindakan selepas banjir:

  1. Tunggu arahan pulang ke rumah dan jangan pulang sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Periksa keadaan rumah, lihat tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat.
  3. Jangan terus masuk ke dalam rumah yang masih dibanjiri air (banyak bahaya yang tersembunyi).
  4. Periksa ancaman bahaya seperti binatang berbisa, paip saluran gas, wayar atau peralatan elektrik dan bahan mudah terbakar.
  5. Buang bahan makanan yang terendam dalam air banjir.
  6. Buat laporan kepada pihak JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Semoga panduan tindakan di atas dapat bermanfaat kepada semua.

Kredit: Malaysia Tercinta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas