Trending
Bas Ekspres Terbakar Di Plaza Tol, 44 Penumpang Berjaya Selamatkan Diri
Sebuah bas persiaran membawa seramai 44 penumpang mengalami kebakaran 100 peratus di Plaza Tol UPM, Serdang, pagi Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, bas yang dipandu tersebut sedang menghala ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu.
Bas terbakar di Plaza Tol

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kebakaran itu menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa direkodkan kerana kesemua 44 penumpang termasuk pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.
Pihak bomba dan penyelamat kini masih menyiasat punca sebenar menyebabkan kebakaran itu.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM