Connect with us

Oh! Media

Adam Shahz Dakwa 2 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Sebab Bekas Isteri Dan Mak Mentua Block

Adam shahz fatin afeefa anak ohmedia

Oh! Artis

Adam Shahz Dakwa 2 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Sebab Bekas Isteri Dan Mak Mentua Block

Walaupun pelakon Fatin Afeefa sudahpun selamat berkahwin, masalah antara dirinya dengan bekas suami yang juga merupakan seorang pelakon, Adam Shahz masih belum selesai di mahkamah.

Terbaru, Adam dalam satu kenyataan memaklumkan dirinya bersedia untuk menuntut kembali hak penjagaan anak perempuan, Ivy Herra Sophia di mahkamah.

Adam yang ditanya wartawan mStar, mendedahkan dirinya sudah hampir dua bulan tidak dapat berjumpa serta menghubungi anaknya sendiri.

IKLAN

Jelas pelakon berusia 41 tahun itu, dia telah disekat oleh bekas isteri dan ibu mentua namun enggan pergi ke kediaman mereka kerana khuatir muncul isu lain.

Mak mentua turut block Adam dari dihubungi..

Kalau ikutkan saya dah tak berjumpa dan tak dapat contact dengan anak saya lebih kurang 1 bulan lebih, nak masuk 2 bulan dah pun.

Mak mentua saya sendiri block saya, mak kepada anak saya (Fatin Afeefa) pun block saya, jadi saya memang tak dapat nak berhubung dengan anak langsung.

Menurut Adam, dia langsung tidak mengetahui apa yang berlaku di sana dan meluahkan rasa rindu dan ingin berjumpa dengan anaknya. Dia turut menceritakan hubungan dengan anak sangat rapat selama ini.

Sebelum ini, Adam Shahz ada memberikan peringatan kepada Fatin untuk tidak lupa hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 26 Januari 2023 bagi sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas