Connect with us

Oh! Media

Neon Jadi Tema Fun Run, Pembuka Tahun Baru Lebih Sihat. Jom Daftar Sekarang!

untitled design   1

Oh! Lifestyle

Neon Jadi Tema Fun Run, Pembuka Tahun Baru Lebih Sihat. Jom Daftar Sekarang!

Jom luangkan masa untuk berlari sambil beramal dalam program Backpack Heroes pada 6 Januari 2023 (Jumaat) nanti di UiTM Shah Alam gais. Sihat dapat, pahala pun dapat!

Program ini dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Komunikasi dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Fundtasia Neon Run, Pasca Malam Neon dan Tiny But Mighty. Meh sini Ohmedia share apa yang menarik..

Fundtasia Neon Run dan Pasca Malam Neon

b4408ddc 2567 44d6 90a7 ccedb01b73af

Korang boleh berlari sejauh 5km dengan laluan yang telah ditetapkan dalam segmen Fundtasia Neon Run ni. Tak kisahlah lari ke jogging nanti, janji keluar peluh. Kah!

IKLAN
1a49e13b c931 4b79 b080 01d2bacc4b7c

Semua peserta larian akan dapat t-shirt dan kit larian yang direka khas oleh pelajar sendiri. Bukan tu jer, pemenang akan bawa pulang pingat yang diperbuat daripada kayu tau.

Untuk segmen Pasca Malam Neon, korang akan berhibur dengan persembahan dari artis jemputan lepas je korang penat berlari. Nak tahu siapa? Datanglah nanti! Korang mesti kenal punya penyanyi tu.

Tiny But Mighty

Semua keuntungan yang diperoleh dalam program Backpack Heroes ni akan disalurkan ke Rumah Penyayang Nur Iman, Setapak yang melibatkan 35 orang anak yatim di sana.

Tentatif Backpack Heroes

1278c7a0 372b 4401 8cc2 3958917a33e8

Kalau berminat untuk berlari sambil beramal ni, korang boleh daftar DI SINI dengan yuran sebanyak RM50 untuk warga UiTM dan RM70 untuk orang awam. Jangan lupa ajak pasangan, anak-anak, kawan-kawan, sedara-mara sekali ya nanti pada 6 Januari 2023 di Padang Kawad UiTM Shah Alam.

31409d8b 5b58 497f 9e2f a3ae40595daa

Haa, Ohmedia pun ada sekali dekat sana tau. Jangan lupa singgah booth kami nanti untuk dapatkan hadiah istimewa ikhlas dari hati ini. Jumpa di sana!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas