Trending
Tular Makcik Menari ‘Goncang’ Demi Air Free Di Tapak Pesta Penang, Rentap Tangan Budak Cuba Halang
Di TikTok, tular rakaman video memaparkan aksi seorang wanita tua bertudung menari di hadapan food truck menjual minuman yang dipercayai berlaku di tapak Pesta Pulau Pinang.
Ada pengguna media sosial mendakwa mak cik itu bertindak demikian demi mendapatkan air secara percuma di situ.
Lincah menari demi air
@fozan14 ingat nenek dunia ni sementara ja, nak enjoy pun tgk tempat dulu 😭😭 kalau nak enjoy sangat jom ikut saya p CC…😅 #fyp #like #exploremore #followforfollowback #viral #foryou #trending #foryoupage #kamisempoi #follow #funny #memes #tiktok #tiktokdance #theavengers #tehaisavengerhq #tehaispukawbukanbiashebiashe #tapakpestasungainibong #tapakpestapenang #chuliacourtpenang ♬ original sound – nana
Lebih mengejutkan apabila wanita itu dilihat menepis tangan seorang kanak-kanak yang cuba menariknya dan menghalangnya daripada menari.
Wanita itu juga langsung tak menghiraukan pengunjung yang lain membuatkan netizen berasa tak selesa.

Ada juga netizen mengkritik tindakan pengusaha food truck yang sanggup mempromosikan perniagaannya dengan cara itu. Katanya, niat bersedekah sudah baik tapi semoleknya dibuat dengan cara yang lebih sopan.
Kredit: TikTok @fozan14
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.