Connect with us

Oh! Media

“Saya Insafi, Perjuangan Ini Bukan Milik Saya” – Muhyiddin Yassin Rasa Sebak, Hargai Sokongan Semua

Cover Photo Om 1200 X 675 34

Oh! Negara

“Saya Insafi, Perjuangan Ini Bukan Milik Saya” – Muhyiddin Yassin Rasa Sebak, Hargai Sokongan Semua

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa sebak dan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan orang ramai terhadapnya.

BACA: Muhyiddin Akhirnya Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim, PN Main Peranan Semak Dan Imbang

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata masih terngiang-ngiang suara serta laungan penyokong ketika beliau berkempen untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

IKLAN

Perjuangan ini milik rakyat Malaysia

315694773 705759004241624 7344335948322762570 n

Beliau juga sangat menghargai komen-komen murni rakyat yang diterimanya di media sosial. Beliau memohon orang ramai kuatkan semangat serta ditabahkan hati.

Saya tahu. Saya bukan sendiri. Bersama dengan saya adanya saudara saudari yang kekal berdiri. Memapah saya agar terus berjalan dan berlari di landasan perjuangan ini.

Saya insafi, perjuangan ini bukan milik saya. Perjuangan ini milik kita bersama, rakyat Malaysia.

Dalam hantaran itu, bekas Perdana Menteri ke-8 ini memuatnaik gambar memeluk isterinya tercinta Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan mengakui berasa tenang hati serta redha dengan takdir Allah SWT.

Sebak rasa hati ini mengenangkan sokongan rakyat di atas jalan perjuangan ini. Saya juga insan biasa, yang punya rasa sedih dan kecewa. Insan kerdil yang juga punya air mata.

Jelas beliau, perjuangan murni yang didasari tekad menyelamatkan negara tidak akan terhenti. Beliau akan terus berjuang walaupun ujian melanda.

Dalam pada itu, beliau berharap penyokongnya dapat memujuk hati bahawa esok masih ada dan mereka pasti akan membina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Muhyiddin Yassin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas