Oh! Negara
“Kalau Khianat Pada Parti Akan Dilaknat Oleh Allah” – Hadi Awang
Dalam menyambut kehangatan pilihan raya yang bakal datang, presiden kepada parti PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mereka yang mengkhianat kepada parti akan dilaknat oleh Allah SWT.
BACA: “Hukum Dosa Jika Berdiam Diri” – Hadi Awang Nasihat Rakyat Perlu Mengundi
Beliau berkata bahawa kenyatan itu merupakan bai’ah (perjanjian) yang diguna pakai oleh parti PAS.
Kesetiaan kepada parti

Selain itu, Hadi Awang juga berkata terpulang kepada parti masing-masing kerana bai’ah yang diwujudkan itu adalah termaktub kepada parti PAS sahaja.
Kita punya wadah Islam kita, tak boleh salah laku, tak boleh khianat pada parti, kalau khianat pada parti akan dilaknat oleh Allah SWT. Ini adalah bai’ah PAS. – Hadi Awang
Beliau juga mengulas bekas pemimpin PAS terdahulu, Khairuddin Aman Razali mengenai tindakan Khairuddin yang pernah menyeru supaya ahli PAS untuk mengundi BN sedangkan PAS sebahagian daripada PN.
Dia bukan orang PAS lagi. Kita (PAS) tak perlu jawab.
Agaknya pembaca setuju tak dengan kenyataan Presiden Parti PAS ni?
Kredit: Malaysia Kini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM