Connect with us

Oh! Media

“Doakan Saya” – Jadi Sasaran Netizen Sebab Selalu Tayang Aurat, Azira Shafinaz Akan Cuba Perbaiki Diri

Azira

Oh! Artis

“Doakan Saya” – Jadi Sasaran Netizen Sebab Selalu Tayang Aurat, Azira Shafinaz Akan Cuba Perbaiki Diri

Penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz baru-baru ini menjadi sasaran kecaman warganet selepas tampil dengan imej seksi.

Dalam foto yang dikongsikan di Instagram, Azira dilihat mengenakan Tube Bodycon Dress bersama Open Front Coat berwarna coklat menampakkan bentuk tubuhnya.

Tidak itu sahaja, Azira turut dilihat memakai dress pendek ketika menyambut ulang tahun di Bangkok Thailand.

IKLAN

Perkongsian itu telah menerima reaksi negatif daripada warganet. Mereka memohon Azira memadam foto atau lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian selepas ini.

Memberi respon kepada kritikan itu, Azira menerusi Gempak berkata, dia menyedari bahawa penampilannya mungkin tidak sesuai dengan semua pihak.

Dia juga sentiasa berdoa semoga satu hari nanti dia akan berubah ke arah lebih baik dan berharap peminat boleh mendoakan perkara yang sama.

Saya sebenarnya tak ada komen pun berhubung isu itu. Sebab kalau saya cakap, netizen akan salah anggap dan akan buat spekulasi lain pula.

Penyanyi dan pelakon ini mengaku tidak selesa dengan pelbagai gelaran tidak baik diberikan netizen buat dirinya, namun itulah lumrah yang perlu dihadapinya sebagai seorang artis.

Memang dari dulu lagi, kalau pakai tudung pun ada salah, tak pakai lagi la. Saya tak cakap pemakaian saya tu betul, tapi doakan yang terbaik buat saya.

Sebagai manusia biasa, Azira juga mempunyai hati dan geram bila baca komen melampau warganet. Dia bagaimanapun akan cuba untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas