Oh! Artis
“Semua Benda Nak Dijadikan Simbol..” – Janna Nick Dituduh Sengaja Tayang Bontot? Ini Responnya
Pelakon dan penyanyi Janna Nick baru-baru ini sekali lagi menjadi sebutan gara-gara tular video memaparkan pelakon itu sedang duduk dan melambai peminat yang berada di belakang.
BACA: Muatnaik Video Mandi Buih, Janna Nick Sekali Lagi Dikecam Netizen
Video itu dipercayai dirakam peminat ketika Janna Nick menghadiri majlis tayangan filem Juang di IOI City Mall.
@asmida88 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
Namun, lain pula yang jadi apabila perkongsian video itu dipenuhi dengan komen lucah netizen sehingga ianya menjadi bualan portal-portal tempatan.
Tidak hanya mendiamkan diri, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah menyelar tajuk ‘clickbait’ portal yang menuduhnya sengaja tayang punggung.


Menurut Janna, video viral tersebut sebenarnya daripada peminat yang turut sama hadir ke acara tersebut. Peminat itu seorang wanita dan dia membawa anak bersama.
Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak. K la nak cari doktor nak gi kikis sikit.
Ketika itu dia menoleh ke belakang untuk melambai dan mengajak peminat bergambar bersama bukannya sengaja tayang bontot seperti yang didakwa.


Seorang peminat yang lain turut mempertahankan Janna di mana dia melihat sendiri pelakon ini berjumpa dengan peminat tersebut untuk bersalam dan ambil gambar.
Kredit: Instagram Janna Nick | TikTok @asmida88
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM