Oh! Artis
“Dah Tua Kalau Nak Musuh Mamp*ih La Mat” – Netizen Dakwa Fattah ‘Awkward’ Di Pentas, Ini Respon Sharnaaz
Pada minggu ke-8 Muzikal Lawak Superstar 3, pelakon Fattah Amin dijemput sebagai artis undangan bersama kumpulan Ubi.
BACA: Fattah Amin Terkejut Menang Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Peringkat Antarabangsa
Mengangkat tema Mat Kilau, Fattah Amin muncul di pentas MLS3 memainkan watak sebagai Awang. Tak sangka boleh tahan lawak juga Fattah ini kan?

Namun ada netizen mendakwa suami kepada Fazura ini kekok berada satu pentas dengan Sharnaaz Ahmad yang merupakan pengacara program itu.
Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Fattah Amin suatu ketika dahulu pernah menjadi perhatian ramai apabila mereka dikatakan tidak ‘sebulu’.
Alhamdulillah kami sudah matang.. hal yg dulu kita dah lepas jauh dibelakang.. Hidup hari ni lebih positive dan membina.. Dah tua kalau nak musuh mampuih lah mat.. https://t.co/zn96rjzweT
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) September 9, 2022
Namun menurut Sharnaaz, mereka berdua masing-masing sudah matang. Hal yang berlaku dahulu sudah jauh mereka tinggal di belakang. Hidup yang dijalani hari ini lebih positif dan membina.
Di ruangan komen, peminat pelakon Juvana ini meluahkan rasa lega apabila tuan badan sendiri menjawab andaian yang dicetuskan netizen. Katanya, orang ramai sudah boleh berhenti mengungkit kisah lama mereka memandangkan kedua-duanya sudah ‘move on’.
Kredit: Twitter Sharnaaz Ahmad
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM