Connect with us

Oh! Media

U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Sedia 5G Terunggul Dengan Internet Sehingga 1,000GB. Pergh!

Untitled Design 1

Oh! Lifestyle

U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Sedia 5G Terunggul Dengan Internet Sehingga 1,000GB. Pergh!

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar sedia 5G terunggul baru U Postpaid 98 dan U Postpaid 68. Untuk pengetahuan, U Mobile telah pun mempunyai pelan pascabayar U Postpaid 38.

Menarik mengenai pelan pascabayar terbaru ini, U Mobile menawarkan data pantas terunggul dengan internet berkelajuan tinggi 4G/sedia 5G tanpa had sehingga 1,000 GB (1TB) yang pertama dalam industri.

2 pelan pascabayar dengan tawaran Unbeatable!

Whatsapp image 2022 08 19 at 155251

Pengguna boleh memilih antara 2 pelan terbaru yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan internet bulanan. U Postpaid 98 hadir dengan 1,000GB data berkelajuan tinggi 5G, manakala U Postpaid 68 dengan 100GB data berkelajuan tinggi 5G.

IKLAN

Bagi memenuhi keinginan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara. Kedua-dua pelan pascabayar ini turut menawarkan 15GB data perantauan secara percuma setiap bulan di 63 negara terpilih seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turkiye, Thailand dan Singapura.

Bukan itu saja, pengguna juga boleh memiliki pilihan peranti terunggul 5G di U Mobile menerusi kemudahan ‘U PayLater’ (ansuran faedah 0%) atau ‘U SaveMore’ (lebih penjimatan untuk peranti).

Satu lagi penawaran yang berjaya mencuri perhatia Ohmedia ialah pengguna kini boleh berkongsi data berkelajuan tinggi 1,000GB melalui U Family Share yang boleh dikongsi sehingga 6 talian. Best tu!

Jadi macam mana korang tertarik tak dengan pelan pascabayar terbaru U Mobile ni? Maklumat lanjut korang boleh layari u.com.my.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas