Connect with us

Oh! Media

Tamatkan Prosiding Keatas 12 Penyokong LTTE, Kredibiliti Peguam Negara Dipersoal!

6be41093 09ce 4f9f b597 cda03bd46df5png

Trending

Tamatkan Prosiding Keatas 12 Penyokong LTTE, Kredibiliti Peguam Negara Dipersoal!

Sumber gambar dari MalaysiaKini

Semalam kecoh didada akhbar mengenai tindakan peguam negara yang bertindak menamatkan prosiding keatas 12 tertuduh yang menyokong LTTE sekaligus membebaskan penyokong dari 34 pertuduhan di mahkamah. Bagi yang tidak mengetahui, LTTE atau Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam adalah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Sri Lanka.

Menurut sumber dari Sinar Harian, Peguam Negara menyatakan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan, menyebabkan tindakan untuk menamatkan prosiding ini dibuat. Tan Sri Tommy Thomas menamatkan serta-merta prosiding berkenaan diatas kuasa budi bicara berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Jelas Peguam Negara, adalah menjadi kelaziman seseorang individu mengidolakan seseorang meskipun menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat. Turut menambah, mengidolakan seseorang tidak semestinya seseorang itu akan merancang keganasan.

Sumber gambar dari Foreign Policy

Berdasarkan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara menyebabkan kredibilti Tan Sri Tommy Thomas dipersoal. Seorang peguam, Hanif Khatri berkata bahawa tindakan Peguam Negara telah membelakangi Menteri Hal Dalam Negeri kerana LTTE masih dianggap sebagai satu kumpulan pengganas. Tambahnya lagi, tugas Peguam Negara sepatutnya menasihati Menteri untuk menggugurkan prosiding sekiranya LTTE tidak lagi dianggap sebagai kumpulan pengganas.

IKLAN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penamatan prosiding menggunakan kuasa budi bicara merupakan suatu tindakan yang berat sebelah dan memperlekeh tindakan polis. Ini kerana kumpulan berkenaan masih disenaraikan oleh Kesatuan Eropah sebagai kumpulan militan dan pengganas. Beliau turut mengambil contoh mengapa seorang pelajar UA pernah ditahan dan dipenjara kerana 12 buku mempromosikan fahaman militan. Dipetik dari Sinar Harian, tambah beliau sekiranya tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’, kerajaan kena bebaskan juga pelajar berkenaan.

OHMEDIA: KENAPA PERLU DITAMATKAN MENGGUNAKAN KUASA BUDI BICARA TANPA ADA PERBINCANGAN YANG LEBIH MENDALAM ANTARA MENTERI DALAM NEGERI SEDANGKAN KITA TENGAH BERUSUSAN DENGAN ANCAMAN KEGANASAN?

Sumber: Sinar Harian | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca penamatan prosiding penyokong LTTE di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas