Connect with us

Oh! Media

Kelab Komedi TTDI Digantung Sementara, Rupanya Tiada Lesen Hiburan

Tiada Lesen

Trending

Kelab Komedi TTDI Digantung Sementara, Rupanya Tiada Lesen Hiburan

Kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) digantung operasi buat sementara waktu selepas tular insiden membabitkan pelawak wanita didakwa menghina agama Islam.

Penggantungan operasi itu bagaimanapun mendapat tentangan sesetengah pihak yang menganggap periuk nasi pelawak lain terganggu.

BACA: Pelawak Wanita Buka Baju Mengaku Tidak Bersalah Hina Islam 

IKLAN

Terbaru, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu kenyataan media berkata pergantungan sementara premis itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Julai lalu.

292911688 586193793066266 4522220704129700924 n

Notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Jelas beliau, premis itu digantung operasi kerana tak ada lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Untuk rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017. Walaupun beberapa permohonan telah dibuat, pengusaha premis gagal mematuhi pelbagai keperluan pada setiap permohonan.

Berkongsi dengan lebih lanjut, beliau berkata premis itu akhirnya berjaya mendapatkan lesen operasi yang sah pada 2018. Tetapi ianya hanyalah untuk operasi restoran dan minuman keras.

Premis tersebut tidak mempunyai lesen hiburan. Mana–mana pengusaha seumpama ini, perlu memiliki lesen premis dan lesen hiburan terlebih dahulu sebelum beroperasi.

Memetik laporan malaysiakini, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan pada Selasa dan mereka perlu menjawab dalam masa 14 hari.

Kelab itu boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari, dan juga memohon lesen hiburan daripada DBKL.

Kredit: Facebook Jalaluddin Alias

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas