Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Boleh ‘Renew’ Insurans Kenderaan Secara Ansuran Tanpa Faedah

ismail sabri

Oh! Gear

Penjawat Awam Boleh ‘Renew’ Insurans Kenderaan Secara Ansuran Tanpa Faedah

Berita baik untuk penjawat awam berstatus kontrak sebab korang bakal dapat manfaat Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, MyezyCover.com. Terbaik!

BACA : Tuan Rumah Takut Rugi Sebab ‘Penyewa Dari Neraka’? Instahome Boleh Bantu Dengan Insurans Percuma

Menurut satu posting yang dimuatnaik Perdana Menteri, Ismail Sabri di Facebook, beliau mengatakan yang golongan itu boleh memohon skim dengan syarat hutang tidak lebih 60 peratus daripada gaji bulanan.

IKLAN

Ianya juga bakal diperluas kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta. Haa, ini yang nak dengar.

Tawaran dalam program ini

  • Kemudahan memperbaharui polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.
  • Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.
  • Bayaran balik pembiayaan secara ansuran hingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
  • Insurans kenderaan boleh dibuat di hujung jari dan Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh 5 minit.
  • Pembiayaan berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, pinjaman tiada faedah atau unsur riba.

Bukan tu jer, penjawat awam juga boleh mendapatkan pelbagai lagi manfaat seperti perlindungan tambahan lebih komprehensif untuk kenderaan masing-masing.

Ini bagi memastikan kenderaan dan penumpang berupaya dilindungi daripada kemalangan, dan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, program ini adalah usaha Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA ) dan A Tech Insure Sdn. Bhd (ATECH). Apa pandangan korang?

Kredit: Facebook Ismail Sabri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas