Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Saya Ambil Terlalu Lewa” – Sering Dikritik Seksi, Nora Danish Akui Netizen Ada Betulnya 

Nora Danish

Oh! Artis

“Mungkin Saya Ambil Terlalu Lewa” – Sering Dikritik Seksi, Nora Danish Akui Netizen Ada Betulnya 

Pelakon popular, Nora Danish sering menerima kritikan terutama dalam bab berpakaian. Setiap kali memuat naik foto di laman sosial, ruangan komen dipenuhi kecaman netizen yang menegurnya terlalu seksi.

BACA: “Maaf Cakap, Macam Bog*l” – Netizen Kecam Nora Danish, Pakaian Hiking Terlalu ‘Sendat’?

Menerusi laporan Utusan, Nora mengakui netizen ada betulnya juga. Kini dia lebih berhati-hati dan berfikir dua tiga kali sebelum menggayakan pakaian.

IKLAN

Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi. Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya.

Jelas pelakon comel ini, dia sebenarnya tidak suka berlawan dengan netizen kerana mereka mempunyai hak untuk beri pendapat. Lagi pula dia merupakan selebriti yang sering jadi tumpuan.

Saya pun kalau boleh tak naklah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi.

Tidak mahu melatah, pemilik sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini menganggap kata-kata netizen adalah doa dan melihatnya dari sudut positif.

Dia juga bersyukur mempunyai suami seperti Nedim Nazri Aziz yang sentiasa tenang bila berhadapan dengan kecaman.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas