Connect with us

Oh! Media

“Awak Okay?”- Soalan Mudah Tapi Beri Maksud Mendalam, Ini Antara Tips  Set Semula Minda Sempena Bulan Kesihatan Mental

Trending

“Awak Okay?”- Soalan Mudah Tapi Beri Maksud Mendalam, Ini Antara Tips  Set Semula Minda Sempena Bulan Kesihatan Mental


Ternyata, satu soalan yang disangka mudah untuk dijawab, sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam.

“Awak okay?”

Dua perkataan ini seringkali membawa emosi dan bebanan yang cukup berat buat orang yang ditanya. Tetapi, jawapan biasa yang kita bagi? 

IKLAN

“Eh, okay saja”

Jawapan lazim inilah yang menjadi benteng pertahanan, menutup gelora perasaan, lelah yang tak terungkap dan perjuangan sunyi yang sedang ditanggung dalam diam. 

Jangan Simpan Sendiri

Tidak dinafikan, memang ramai antara kita sebenarnya akan jawab jawapan yang sama, tapi anda pernah terfikir, kenapa kita tidak jujur saja? Kenapa kena simpan sendiri? 

Penting Untuk Kita Fahami Emosi Demi Kesihatan Mental Yang Baik

Jujur cakap, dengan zaman sekarang yang semuanya serba pantas, pasti ada banyak cabaran yang berpotensi menjejaskan kesihatan mental. 

Contohnya tekanan di tempat kerja, bebanan dan tanggungjawab yang tidak berkesudahan, kesukaran untuk memisahkan urusan peribadi dan tempat kerja dan macam-macam lagi. 

Korang tahu tak, bila kita selalu abaikan emosi dan perasaan yang berat, mental kita akan berada dalam keadaan yang terbeban tau. Sebab itulah pentingnya untuk kita lebih cakna dan berikan lebih perhatian terhadap keadaan emosi dan perasaan kita. 

5 Cara Mudah, Tapi Besar Impaknya

Korang yang dah mula rasa terbeban dengan emosi dan perasaan, kami sarankan untuk cuba 5 perkara ini bagi menyokong dan membina semula kesejahteraan emosi harian.

Letakkan Batasan Yang Sihat

Tidak dinafikan, ramai rasa terbeban sebab selalu mengatakan ‘YA’ untuk tugasan atau permintaan yang berlebihan, atas beberapa sebab dan salah satunya adalah untuk menjaga hati. 

Tapi, perkara inilah yang perlahan-lahan akan memakan diri. Jadi, belajarlah untuk meletakkan batasan yang sihat, katakan ‘tidak’ apabila permintaan tersebut melebihi kemampuan fizikal dan emosi. 

Jujur cakap, bila tetapkan batasan yang sihat tidak bermaksud yang kita ni mementingkan diri, tapi ia adalah bentuk penghormatan dan perlindungan terhadap kesihatan mental kita. 

Ambil Nafas Sejenak

Faham sangat yang kita tak akan pernah lari daripada tanggungjawab yang besar, tidak kira daripada tempat kerja, rumah mahupun persekitaran. 

Jadi, untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan baik, apa kata berhenti sejenak daripada skrin dan tugasan harian. 

Ambil masa beberapa minit untuk bernafas dan cuba tenangkan fikiran. Perkara ini sangat membantu untuk kita susun semula pemikiran.

Lakukan Aktiviti Yang Digemari

Korang tahu tak, dengan melakukan hobi atau aktiviti kegemaran seperti membaca, berkebun atau bersukan sebenarnya dapat mengalihkan fokus daripada tekanan dan mengembalikan tenaga positif.

Jadi kalau ada masa yang korang rasa emosi tengah tidak stabil, cuba lakukan sesuatu yang korag suka.

Kekalkan Hubungan Sosial

Kalau korang perasan, mereka yang mengalami tekanan emosi sering mengasingkan diri daripada kawan-kawan dan keluarga. Tapi sebenarnya ramai tak percaya yang ia sebenarnya lebih memudaratkan, lebih-lebih lagi bila diri ‘rasa’ hilang tempat bergantung.

Cuba korang luahkan perasaan dan luangkan masa bersama insan terdekat yang boleh dipercayai dan memahami. Kadang-kala nasihat mereka dapat membantu mengangkat sedikit bebanan yang selama ini dipikul.

Amalkan Teknik Relaksasi

Amalkan senaman pernafasan, meditasi atau regangan ringan untuk meredakan ketegangan fizikal dan emosi.

Luangkan sedikit masa untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian dan beri ruang kepada diri sendiri untuk berehat.

Antara teknik yang boleh dicuba ialah pernafasan 4-4-4. Mulakan dengan menarik nafas melalui hidung secara perlahan selama empat saat, tahan nafas selama empat saat, kemudian hembuskan melalui mulut secara perlahan selama empat saat.

Lakukan mengikut keselesaan diri sambil memberikan tumpuan pada setiap tarikan dan hembusan nafas. Jadikan waktu ini sebagai peluang untuk menenangkan diri sebelum kembali meneruskan aktiviti harian.

Sama-Sama Kita Jaga Diri

Jadi, jangan tunggu sampai diri terlalu penat untuk mula menjaga kesihatan mental. 

Ini petanda bahawa sudah tiba masanya untuk korang mengambil langkah kecil untuk berehat, menetapkan batasan yang sihat dan memberi ruang kepada diri sendiri.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), jom utamakan kesejahteraan mental demi kehidupan yang lebih seimbang dan sihat.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk info terkini. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas