Connect with us

Oh! Media

YDPA Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir, Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru!

ohmedia pm 1png

Oh! Negara

YDPA Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir, Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru!

Sebelum mengulas lanjut, Ohmedia ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan secara rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia. Dengan perlantikan ini, akhirnya kemelut politik di Malaysia semakin reda meskipun masih ada isu panas lagi yang sedang berbangkit tentang perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Antaranya isunya adalah tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menipu dalam menunjukkan jumlah sokongan majoriti ahli parlimen yang menyokong beliau. Sehubungan dengan itu, pihak Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir ingin mengemukakan SD yang terbaharu yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

IKLAN

Namun menurut sumber dari Berita Harian, Tun Mahathir menjelaskan bahawa Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah enggan bertemu beliau. Jelasnya lagi, ini menyebabkan beliau tidak dapat menyerahkan bukti sokongan majoriti ahli parlimen yang terbaharu terhadap dirinya.Tambah beliau, Pakatan Harapan terpaksa menunggu sidang Dewan Rakyat bagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti membentuk kerajaan.

Walaubagaimanapun, terdapat dua ahli parlimen menafikan menandatangani SD dari pihak Pakatan Harapan untuk menyokong Tun M menjadi Perdana Menteri Ke-8. Mereka adalah Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. Menjadi kemusykilan, apakah benar Pakatan Harapan mempunyai majoriti dari Perikatan Nasional?

OHMEDIA: SEMOGA DENGAN PERLANTIKAN INI, BELIAU DAPAT MENERAJUI NEGARA KEARAH YANG LEBIH BAIK. 

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca tentang YDPA enggan berjumpa Tun Mahathir di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas